Isnin, 1 September 2014

sinopsis~form 3



SIPNOSIS BAB DEMI BAB
BAB   1 – Zulkifli sekeluarga dalam perjalanan ke kampung isterinya di Kampung Sungai Baru Melaka. Dia membantu pasangan seikh kerana kereta mereka terjunam ke dalam sungai. Pada mulanya Bushrah tidak mahu menolong namun dia terpaksa akur. Pasangan seikh itu dihantar ke Hospital Seremban setelah tiba disana hari sudah lewat malam. Keesokan harinya, mereka pergi ke Felda Ulu Tebrau menghadiri majlis perkahwinan adik Zulkifli Nazirah. Dalam perjalanan keretanya rosak, dengan bantuan seorang lelaki Cina kereta Zulkifli dapat diperbaiki.
BAB   2 – Zulkifli melihat banyak perubahan di Felda Ulu Tebrau. Semasa majlis perkahwinan berlangsung Zulkifli berjumpa Maliyudi bersama isterinya Saleha bersama anak-anaknya. Zulkifli menceritakan tentang penyakit yang dihadapi oleh anaknya Nadhirah kepada Maliyudi. Maliyudi berasa kasihan kepada Nadhirah.
BAB   3 – Zulkifli dan Bushrah berbincang mengenai penyakit Nadhirah. Zulkifli mengambil keputusan mendedahkan masalahnya di akhbar. Pada mulanya Bushrah malu namun terpaksa akur. Bushrah mahu Nadhirah sihat selalu. Di samping itu Zulkifli membuat permohonan untuk tukar kerja ke Hospital melaka kerana sudah jemu berulang alik ke Kuala Lumpur.
BAB   4 – Zulkifli ke pejabat utusan Malaysia menyatakan hasratnya. Wartawan yang menemubualnya bernama Mohd Yusuf. Mohd Yusuf berasa simpati terhadap penyakit Nadhirah. Selepas itu, Zulkifli ke Hospital Kuala Lumpur untuk membuat permohonan bertukar ke Hospital Melaka. Kemudiannya dia pergi menjemput isterinya.
BAB   5 – Pada hari itu Zulkifli dan Bushrah ke Seminar Anak Cemerlang. Zulkifli dan Bushrah pergi ke atas kesedaran untuk menimba ilmu bagi mendidik anak supaya menjadi cemerlang. Zulkifli dan Bushrah juga menghantar Nazli ke Tadika NURU apabila berumur 4 tahun.
BAB   6 – Penderitaan Nadhirah yang mengidap penyakit rosak hati dan hempedu tersiar di Utusan Malaysia. Mereka tidak menyangka Nadhirah menghidap penyakit kronik. Sementara itu, Nadhirah tidak ke sekolah pagi itu. Gurunya menasihatinya agar berehat sahaja di rumah. Disekolah Bushrah menjadi tumpuan rakan-rakanya, sekolah tempat Bushrah berkerja juga telah melancarkan kutipan derma untuk keluarga Bushrah.
BAB   7 –  Tan Sri Shamsuddin sedih membaca kisah Nadhirah. Dia ialah Pengarah Sapura Holdings. Beliau kemudian segera menghubungi isterinya, Puan Sri Sapura untuk menyatakan hasratnya. Kemudian beliau menelefon rumah Nadhirah pula. Nadhirah yang menjawab panggilan itu. Pada sebelah malam pula, Tan Sri Shamsuddin menelefon sekali lagi dan dijawab oleh Zulkifli. Tan Sri Shamsuddin memintanya datang ke pejabat keesokan hari.
BAB   8 –  Zulkifli bertemu dengan Tan Sri Shamsuddin di Pejabatnya dan membincang mengenai kesedihan Tan Sri Shamsuddin membantu keluarganya.
Sebelum pulang Tan Sri Shamsuddin menghadiahkan kepada Zulkifli cek    RM50 000.00 sebagai permulaan sumbangannya. Sebelum pulang, Zulkifli segera ke Bank Simpanan Nasional untuk menyimpan cek itu.
BAB   9 – Berita kesedihan Bushrah mendermakan hatinya mendapat pelbagai reaksi. Namun dia tidak mempedulikannya. Wartwan Mohd Yusuf telah mewawancara Bushrah mengenai perkara itu. Zulkifli pula menyokong dan menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya itu.
BAB   10 – Nadhirah dan ibunya, Bushrah menonton filem ` Punca Delima ` . Zulkifli menaip skip drama, Nadhirah khusyuk mendengar lagu ` Berkorban Apa Sahaja ` yang dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
BAB   11 –  Zulkifli menerima surat dari Muliyadi. Dia berjaya melanjutkan pelajaran peringkat Ph.D. Dia bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian di kampus Universiti Sains Malaysia. Sebulan selepas itu Muliyadi menyatakan dia dilantik menjadi pensyarah kanan ITM, akhir surat Muliyadi rasa kasiahan kepada Nadhirah.
BAB   12 –  Zulkifli , Bushrah dan Nadhirah pergi ke unit hati, Hospital Kuala Lumpur. Mereka ada temu janji bersama doktor Goethan. Sudah bertahun
Dr. Beathan merawat Nadhirah. Zulkifli dan Bushrah mendengar dengan khusyuk apa yang diterangi oleh Dr. Goethan.
BAB   13 –  Zulkfli sekeluarga pulang ke kampung di Melaka. Pak Ramli, ayah  mertuanya bersama kerana perkejaannya sebagai penambang di Sungai Linggi sudah tiada lagi berikutan pembinaan jambatan baru. Bushrah menceritakan nasib Nadhirah kepada keluarga. Mereka terkejut kerana tidak tahu Nadhirah menghidap penyakit kronik.
BAB   14 –  Nadhirah tidak ke sekolah berikutan penyakitnya yang semakin serius. Cikgu Khairani selalu meberi soalan latihan. Beliau memberi perasang agar Nadhirah tabah serta beliau mendoakan keselamatan Nadhirah.
BAB   15 –  Zulkifli menyatakan majlis kenduri selamat dan tahlil sempena pemergian mereka ke Landon semua penduduk dikawasan kediamannya datang. Zulkifli membawa Nadhirah berjumpa imam Ghazali. Imam Ghazali turut mengutip derma membantu mereka sekeluarga.
BAB   16 –  Zulkifli sekeluarga akan berlepas ke Landon. Murid-murid Bushrah bersama guru Bushrah berkerja turut melawat mereka. Turut hadir Tan Sri Shamsuddin bersama isterinya, Puan Sri Sapura. Akhirnya mereka berangkat ke Landon.
BAB   17 –  Akhirnya, Zulkifli sekeluarga selamat tiba di Landon. Cuaca di Landon cerah. Muliyadi datang melawat mereka. Muliyadi bersimpati melihat Nadhirah yang dahulu cergas tiba-tiba menjadi lemah.
BAB   18 –  Zulkifli, Bushrah dan Nadhirah solat Subuh berjemaah. Selepas itu mereka bersarapan bersama-sama. Zulkifli dan Bushrah bertikam lidah siapa yang patut derma hati kepada Nadhirah. Menjelang pukul 10.30 pagi, mereka pergi ke Hospital King`s College bertemu dengan Dr. Tan Kai Chah.
BAB   19 –  Dr. Tan Kai Chah mula melakukan ke atas pemedahan ke atas Nadhirah dan Bushrah. Pada pukul 2.00 petang, Nadhirah perlu bedah. Pembedahan kembar itu mengambil masa selama 14 jam dan akhirnya pembedahan itu berjaya. Doktor Tan kai Chah menasihati Bushrah dan Nadhirah berada di Hospital selama 2 minggu.
BAB   20 –  Muliyadi menziarahi Bushrah dan Nadhirah. Mereka kelihatan masih lemah. Pada hari ke 5, Bushrah dibernakan pulang manakala Nadhirah perlu berada di Hospital beberapa hari lagi.
BAB   21 –  Hari minggu kota Landon cerah Muliyadi membawa keluarga Zulkifli bersiar-siar di beberapa tempat. Antaranya Istana Bukigham, Sungai Thames, Muzium British, Zoo Landon dan Westminster Abbey. Zulkifli meminta Muliyadi tidur dirumahnya.
BAB   22 –  Sebelum pulang ke Malaysia Dr. Tan Kai Chah dilawati oleh Zulkifli sekeluarga. Zulkifli mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Tan Kai Chah kerana banyak membantu keluarganya . Muliyadi menghantar Zulkifli ke lapangan terbang.
BAB   23 –  Kapal terbang yang dinaikinya terpaksa mendarat di Batu Berendam Melaka kerana Lapangan Terbang Subang terbakar. Mereka sekeluarga terus pergi menjemput Nazli di rumah ibu bapa Bushrah. Bushrah telalu rindukan Nazli.
BAB   24 –  Nadhirah kini telah berusia 19 tahun dan telah melanjutkan pelajaran  ke ITM dalam bidang perakaunan. Zulkifli mendapat tawaran berkeja di Utusan Malaysia. Pada pagi Jumaat, tepat jam 4.00 pagi, Bushrah menghembuskan nafas terakhir. Kini Nadhirah berjaya menamatkan pengajian dan bakal berkhawin dengan doktor Bedah Hospatal Kuala Lumpur. Nazli berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar.
TEMA
= >  Kasih sayang ibu bapa terhadap anak mereka .
PERSOALAN
= > Pengorbanan ibu bapa demi kebahagian anak-anak.
= > Masyarakat yang prihatin dan saling Bantu membantu.
= > Sikap berterima kasih dan bersyukur terhadap bantuan yang diterima.
PERWATAKAN
Zulkifli
  • Bertugas di Hospital Kuala Lumpur
  • Berkahwinan dengan Bushrah
  • Seorang yang penyanyang
  • Tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup
  • Bertimbang rasa
  • Mencintai ilmu
Bushrah
  • Isteri Zulkifli
  • Mengajar di Sekolah Kebangsaan Tun Razak ( 2 )
  • Seorang ibu yang penyayang
  • Berpendirian tugas
  • Tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup
  • Meninggal dunia selepas lima tahun pembedahan hati dilakukan
Nadhirah
  • Anak sulung dan berusia 14 tahun
  • Seorang remaja yang pemalu dan tabah
  • Menghidap penyakit hati dan hempedu
Muliyadi
  • Sahabat Zulkfli
  • Berkahwin dengan bekas pensyarah
  • Melanjutkan pelajaran peringkat Ph.D. di Landon
  • Baik hati
  • Seorang yang gigih belajar
Tan Sri Shamsuddin
  • Suami Puan Sri Sapura
  • Pengarah Syarikat Sapura Holdings
  • Seorang yang sentiasa bersyukur
  • Membantu membiayai pembedahan Nadhirah di Landon
  • Bersikap rendah diri
Dr. Tan Kai Chah
  • Berasal dari Malaysia
  • Bertugas di Hospital King`s College sebagai doktor bedah.
  • Bersikap lemah lembut
  • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  • Akhirnya beliau kembali bertugas di Malaysia
Latar tempat
  • Simpang jalan kg. Melawar
  • Rumah Zulkifli, di Jalan Mewah Satu, Bandar Tun Razak
  • Rumah emak, ayah Bushrah di Kampung Kuala Sungai Muda
  • Rumah ayah Zulkifli di Felda Ulu Tebrau
  • Pejabat utusan Malaysia
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak ( 2 )
  • Pejabat Tan Sri Shamsuddin ( Sapura Holdings ) di Lembah Keramat
  • Unit hati di Hospital Kuala Lumpur
  • Lapangan Terbang Subang
  • Hospital King`s College
  • Kota Landon seperti istana Buckigham, Zoo Landon, Sungai Thames dan Muzium British
  • Lapangan Terbang Batu Berendam
Latar Masa………………………………….Latar Masyarakat
berlaku pada zaman sekarang                – Masyarakat melayu
Ketika Nadhirah berumur 14 tahun    – Masyarakat yang prihatin
Hingga dia menamatkan pengajian     – Masyarakat berkerjasama
Waktu siang dan malam                           – Masyarakat mentingkan ilmu
PLOT
Permulaan
Permulaan cerita ini mengisahkan perjalanan Zulkifli Sekeluarga dalam perjalanan pulang ke Melaka. Di pertengahan jalan, Zulkifli ternampak akan sepasang suami isteri berbangsa seikh. Pasangan itu terbabit dalam kemalangan jalan raya. Dia menghantar pasangan seikh itu ke Hospital Seremban
Perkembangan
Berita kesedihan Bushrah mendermakan sebahagian hatinya mengemparkan orang ramai. Tan Sri Shamsuddin bersedia membantu membiayai rawatan pembedahan Nadhirah.
Klimaks
Bushrah dan Nadhirah di bedah. Pambedahan itu mengambil selama 14 jam. Akhirnya pembedahan itu berjaya
Peleraian
Lima tahun kemudian Bushrah meninggal dunia. Nadhirah berjaya menamatkan pengajiannya. Nazli pula berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah berasrama penuh. Zulkifli bekerja di ruangan sastera Utusan Malaysia.
GAYA BAHASA
Diksi
- Penerangan
Gambaran selas serta bersesuaian dengan jalan cerita
Contoh :
Hati ialah kelejar paling besar dalam tubuh manusia. Hati terletak di sebelah kanan bahagian atas abdomen. Ia terletak betul-betul di bawah diafragma . . . . .
( hal . 120 )
Peribahasa
Dalam novel ini, pengarang banyak menerapkan unsur peribahasa.
Contohnya :
- saya bab-bab enjin memang buta kayu
- Ia bukan mimpi disiang hari lagi
- setinggi – tinggi terbang bangau akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
Bahasa Asing
- Bahasa inggeris. Contohnya : repair, role model, traffic jam, clear,
red fape, by line, urgent, survival, no problem, dan sebagainya.
- Bahasa Arab – Insya – allah, Subhanallah, Alhamdullilah
Inversi
- terdiam Zulkifli memikirkan jawapannya.
Metafora
- mereka tenggelam dalam lantaran fikiran masing-masing.
Simile
- Bagaikan sang pengembara yang berjalan di Gurun Sahara, keluarga   Nadhirah amat memerlukan seteguk air untuk penghilang dahaga.                                                                                                       ( hal. 70 )
Personifikasi
- Unsur personifikasi ada juga digunakan oleh pengrang, iaitu pengarang memberikan sifat manusia kepada benda atau perkara.
- Yang berikut ialah contoh personifikasi :
Dalam pada menonton itu, perasaan Bushrah terus berperang.                                                                                               ( hal. 104 )
Hiperbola
-    Matahari terus memancar terik membakar kulit Zulkifli, kulit anak-anak, kulit Bushrah dan kulit bumi.
Sinkof
-  “oh, gitu!“ kata Nadhirah sambil melontarkan pandangan ke arah Sungai Thames
( hal. 205 )
- Dalam petikan ini kata begitu disingkatkan menjadi gitu.
NILAI
- Kasih sayang
- Cekal dan Tabah
- Bersyukur dan berterima kasih
- Simpati dan belas kasihan
PENGAJARAN
- Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita dan handaklah berkorban demi kebahagian anak- anak mereka.
- Kita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan hidup dan sentiasa cekal.
- Kita hendaklah mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah membantu kita dan bersyukur kepada Allah S.W.T.
- Kita hendaklah bersimpati dan belas kasihan kepada  orang yang berada dalam kesusahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan