Isnin, 1 September 2014

Bahasa Melayu Tingkatan 3 - KATA PERINTAH

- KATA PERINTAH
- Kata perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menimbulkan gerak balas yang berupa tindakan. Ayat perintah berfungsi sebagai ayat yang bermaksud suruhan, permintaan, silaan ataupun larangan.

Contoh kata perintah >
Suruhantolong
Permintaanminta, harap
Silaansila, jemput
Larangan jangan, usah

 Contoh penggunaan kata perintah dalam ayat >
Tolong kembalikan buku cerita saya.
Minta semua peserta bersedia.
Harap saudara faham masalah saya.
Sila masuk.
Jemput makan.
Jangan berdiri di situ.
Usah kamu fikirkan kisah yang sudah berlalu.

Kesilapan
penggabungan kata perintah.
Sila jangan merokok di kawasan ini. (X)
Tolong jangan bising di dalam perpustakaan. (X)
Harap jangan memijak rumput ini. (X)
Jangan merokok di kawasan ini. ()
Jangan bising di dalam perpustakaan. ()
Jangan memijak rumput ini. ()
*Imbuhan meN- pada kata kerja transitif harus digugurkan dalam ayat perintah.
*Imbuhan awalan kata kerja tak transitif harus dikekalkan dalam ayat perintah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan