Isnin, 1 September 2014

Bahasa Melayu Tingkatan 3 - KATA PEMERI

KATA PEMERI

Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu > adalah
> ialah 
> Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja.
KATA PEMERI
MAKSUD
AYAT CONTOH
ialah
menunjukkan persamaan
hadir di hadapan frasa nama
Rumah yang cantik itu ialah rumah En. Mazlan.
Emak ialah seorang guru.
Agama rasmi Negara ialah agama Islam.
Adalah
menunjukkan huraian atau keterangan.
Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi
Meja yang dibeli itu adalah daripada kayu jati.
Warna kasut abang adalah hitam.
Tujuan pertandingan itu diadakan adalah untuk mencungkil bakat baru.

Nota :
> Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata nafi.
SALAH
BETUL
Siswazah yang baru lulus itu ialah bukan pengetua maktab.
Arahan itu adalah bukan untuk semua pegawai.
Siswazah yang baru lulus itu bukan pengetua maktab.
Arahan itu bukan untuk semua pegawai.

- Kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata nafi + frasa adjektif.
Contoh binaan kata nafi + kata adjektif >
> Tidak benar
> Tidak cantik
> Tidak adil
> Contoh ayat -
> Laporan itu adalah tidak benar.
> Keputusan itu adalah tidak adil.








Kata pemeri TIDAK BOLEH hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu.
Contoh >
- Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.

> Struktur ayat yang betul ialah :

Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Anda diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Ibu Bapa diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Tuan-tuan diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Dengan hormatnya diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.

Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.
Struktur ayat yang betul ialah:
Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.

Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.
Struktur ayat yang betul ialah >
Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan