Rabu, 3 September 2014

seorang insan istimewa #form3

SEORANG INSAN ISTIMEWA
(Natasya Puteri)

Maksud Sajak

Rangkap 1
Seseorang itu tidak pernah meminta untuk dilahirkan menjadi cacat. Namun siapalah dirinya untuk melawan takdir Tuhan. Segalanya telah ditakdirkan sejak azali lagi dan dia perlu meneruskan kehidupan seharian.

Rangkap 2
Seorang insan istimewa perlu reda dalam menanggung segala kepayahan walaupun dalam keadaan terpaksa. Walaupun ada orang yang bersimpati dengan nasib yang menimpa diri, namun segalanya tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan yang dialaminya.

Rangkap 3
Kehidupa sebagai insan istimewa dianggap sebagai anugerah dan ujian Tuhan kepada hamba-hambanya. Biarpun sukar, mereka tetap mempunyai peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

Rangkap 4
Orang yang normal harus membantu dan membimbing insan istimewa dengan hati yang ikhlas kerana setiap kebaikan kita lakukan pasti mendapat keredaan Allah.

Tema

Tema sajak ini ialah dugaan hidup sebagai golongan istimewa. Golongan istimewa telah menempuh pelbagai dugaan dalam meneruskan kelangsungan hidup.


Persoalan

1.    Ketabahan dalam menghadapi ujian Tuhan.
2.    Tanggungjawab membantu sesama manusia.
3.    Bersyukur walaupun dilahirkan sebagai insan istimewa.
4.    Keyakinan diri dapat mengatasi segala halangan dan dugaan.
5.    Sikap berdedikasi walaupun bergelar insan istimewa.

Bentuk

  1. Bebas.

  1. Terdapat empat rangkap.

  1. Rima akhir baris-baris ayat – Separuh terikat.
·         Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabacd.
·         Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabcdc.
·         Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abbbacbb.
·         Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb.






Gaya Bahasa

  1. Parelleisme
Seorang insan istimewa.

  1. Anafora – .
Sebuah suratan tertulis sudah
Sebuah kehidupan tetap harus diteruskan

3.      Responsi.
Anugerah suatu ujian
Anugerah suatu tuntutan

  1. Inversi
Sebuah suratan tertulis sudah
  1. Paradoks
Menggalas payah dalam senyum terpaksa

Unsur bunyi


  1. Asonansi –meneruskan kehidupan. (pengulangan vokal ‘e’)

2.    Aliterasi –bantulah, bimbinglah. (pengulangan konsonan ‘b’)

Nada - melankolik

                                                                                                                          

Nilai

  1. Keredaan
  2. Saling membantu
  3. Keikhlasan
  4. Bertanggungjawab

Pengajaran

  1. Kita haruslah reda menerima takdir

  1. Kita perlu bersedia membantu golongan kurang upaya .

  1. Kita haruslah ikhlas menghulurkan bantuan .

  1. Kita mestilah bertanggungjawab membantu golongan kurang upaya seikhlas hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan