Rabu, 3 September 2014

keusangan budaya #form3

KEUSANGAN BUDAYA
(Roshilawati Razlan)


Maksud Sajak


Rangkap 1
Pada  zaman dahulu gadis Melayu begitu bersopan santun berpakaian tradisional.

Rangkap 2
Pada zaman dahulu pemuda Melayu mengamalkan budaya Melayu dan gigih meneroka hutan. Pemuda pada zaman itu juga bermain alat muzik seruling dengan lagu-lagu yang merdu dan mengasyikkan.

Rangkap 3
Pada masa ini sukar untuk bertemu gadis atau pemuda yang masih mengamalkan budaya kemelayuan sejati. Yang ada cuma pemuda dan pemudi yang tidak lesu dan tidak bersemangat.

Rangkap 4
Pada masa ini anak-anak muda lebih menggemari alunan muzik rancak manakala muzik yang melambangkan kebudayaan Melayu telah ditinggalkan. Begitu juga pakaian tradisional telah dipinggirkan.

Rangkap 5
Golongan tua sahaja yang masih mempertahankan seni tradisional.  Mereka hanya mampu merenung nasib permainan tradisional seperti wayang kulit semakin dilupakan.

Tema

Tema sajak ini ialah  budaya bangsa Melayu yang semakin luput ditelan zaman.

Persoalan

1.    Generasi muda yang meminggirkan amalan budaya Melayu.
2.    Ketinggian budaya Melayu dalam kehidupan seharian.
3.    Pengaruh budaya asing .
4.    Harapan dan impian golongan tua untuk melihat budaya Melayu diamalkan semula. 


Gaya Bahasa

1.      Anafora
tubuh-tubuh lesu
tubuh-tubuh kaku
2.    Responsi
Ayahanda bonda di pondok
Memalu nobat di sisi
3.    Hiperbola
Irama gamat menodai kedamaian
4.    Personifikasi.
seruling bambu diam keusangan,
5.    Inversi
melihat sayu Sang Sita Dewi.


Unsur Bunyi

  1. Asonansi –bersalut songket tenunan Melayu(pengulangan vokal ‘u’)

  1. Aliterasi -irama gamamenodai kedamaian.( pengulangan konsonan ‘m’)

Nada - melankolik


Bentuk

  1. Bebas.

2.      Terdapat lima rangkap.

3.      Rima akhir baris-baris ayat – Separuh terikat.
·         Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaab.
·         Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc.
·         Rangkap 3 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdbb.
·         Rangkap 4 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
·         Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abbb.

Nilai

  1. Kesopanan

2.    Menghargai budaya

3.    Patriotik

4.    Bertanggungjawab



Pengajaran

  1. Kita hendaklah sentiasa bersopan santun.

2.      Kita mestilah menghargai kebudayaan kita sendiri.

3.      Kita hendaklah mempertahan budaya kita daripada dicemari budaya asing.

4.       Kita hendaklah bertanggungjawab memelihara permainan tradisional .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan