Isnin, 1 September 2014

Bahasa Melayu Tingkatan 3 - AYAT TUNGGAL

AYAT TUNGGAL.
> Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal terbina dalam berbagai-bagai jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah , dan ayat seruan. Pembentukan ayat tunggal boleh terbina daripada subjek dan predikat yang terdiri daripada FN, FK, FA dan FS.
SUBJEK DALAM AYAT TUNGGAL.
A . Frasa nama sebagai subjek.
- Tan Kong Joo pelajar sekolah.
- Buah itu masam.
- Ibunya sakit.
- Motosikalnya telah rosak.
- Balai raya ini untuk orang ramai.

B . Kata ganti nama diri sebagai subjek.
- Dia anak bongsu.
- Beliau guru saya.
- Dia adik Ragunathan.
- *Itu Bank Rakyat.
- *Ini stesen bas.
(*rujuk kepada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 102)
Namun demikian, dalam penulisan karangan, murid tidak digalakkan memulakan ayat dengan kata ganti nama tunjuk.

C . Kata kerja sebagai subjek.
- Membaca buku ialah hobinya.
- Bersenam dapat menyihatkan badan.
- Menyanyi ialah kerjayanya.
- Mencuri perbuatan yang salah.
- Minum air boleh menghilangkan dahaga.

D . Kata adjektif sebagai subjek.
- Cergas bermakna badan sihat.
- Hijau warna kesukaannya.
- Harum bau bunga melur itu.
- Tamak ialah amalan yang keji.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan