Khamis, 4 September 2014

* TOPIK 4 : SUSUN AYAT SONGSANG

TOPIK 4
SUSUNAN AYAT SONGSANG
Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada predikat.
Pendepanan seluruh predikat.
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)
Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)
Pendepanan sebahagian daripada predikat.
Pendepanan Frasa Kerja
Pendepanan kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

Pendepanan frasa kerja dengan objek.
Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.
Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)
b) Pendepanan Frasa Adjektif
i. Pendepanan kata adjektif sahaja.
Ramli rajin. (susunan biasa)
Rajin Ramli. (susunan songsang)

ii. Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.
Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

iii. Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.
Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)


iv. Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat
Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)
c) Pendepanan Frasa Sendi Nama
i. Frasa sendi nama sebagai predikat.
Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

ii. Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)
Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)

FORMULA AYAT SONGSANG.

Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan Ayat:
Nomborkan penggalan ayat.
1
2
3
Dia
membeli
buku
di kedai itu.
KGND - Ketiga
Frasa Kerja Transitif
Objek
Frasa Keterangan
Subjek
Predikat

FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i. 2+3+1
ii. 2+1+3
iii. 3+1+2
iv. 3+2+1






Ayat Biasa:
1
2
3
Dia
membeli buku
di kedai itu.

Contoh ayat songsang (i)
2
3
1
Membeli buku
di kedai itu
dia

Contoh ayat songsang (ii)
2
1
3
Membeli buku
dia
di kedai itu

Contoh ayat songsang (iii)
3
1
2
Di kedai itu
dia
membeli buku

Contoh ayat songsang (iv)
3
2
1
Di kedai itu
membeli buku
dia

Rabu, 3 September 2014

Mencari nafas baru #form 3

CERPEN : MENCARI NAFAS BARU
[Ayusari mj]

Sinopsis

                 Cikgu Ana  bertugas di Sekolah Kebangsaan  Kampung Chat, Hulu Pahang. Cikgu Ana dan semua guru gigih berusaha menaikkan nama sekolah. Cikgu Ana mula gelisah apabila anak murid kesayangannya Milah tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut. Cikgu Ana terus ke rumah Milah untuk menziarahinya dan mendapati  Milah sakit dan dalam keadaan yang lemah. Cikgu Ana membawa Milah ke hospital dan doktor Izah mengesahkan Milah  menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL). Cikgu Ana berasa sedih kerana Milah meninggal dunia akibat penyakit tersebut sebelum sempat menerima sumsum tulang Cikgu Ana. Peristiwa sedih itu menyebabkan Cikgu Ana minta ditukarkan kembali ke tempat  kelahirannya.

Tema

Tema cerpen ini ialah kegigihan seorang guru yang mengajar di kawasan pedalaman.

Persoalan

1.    Kasih sayang seorang guru terhadap muridnya.
2.    Kesungguhan guru menaikkan prestasi sekolah.
3.    Ketabahan guru yang mengajar di pedalaman.
4.    Kepentingan perubatan moden.

Plot

1.    Permulaan
Cikgu Ana mengingati kisah  ketika mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Chat.  Cikgu Ana telah mengambil keputusan untuk bertukar sekolah selepas kematian Milah. Milah merupakan anak murid kesayangannya yang dianggap seperti adiknya meninggal dunia kerana menghidap penyakit leukemia.

2.    Perkembangan
Pada bahagian ini, Cikgu Ana mengimbas kembali saat-saat dia dihantar. bertugas di Sekolah Kebangsaan Kampung Chat, Pahang.
Cikgu Ana amat menyayangi  Milah, salah seorang muridnya yang dianggap seperti adiknya sendiri.

3.     Konflik
Konflik timbul apabila Milah tidak hadir ke sekolah lebih dari tiga hari. Milah disahkan menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL).
  
4.    Klimaks
Milah meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang Cikgu Ana.

5.    Peleraian
Cikgu Ana reda dengan ketentuan Ilahi dan mengambil  keputusan untuk  bertukar ke tempat kelahirannya.

Teknik Plot

1.    Pemerian
Kini segala-galanya hanya tinggal kenangan. Ana sudah mengambil keputusan. Keputusan yang diambilnya ini bukan bermakna Ana kecewa tetapi itu ialah cara yang terbaik..
2.     Dialog
“ Belum. Ayah Molah dan cari air penawar, tetapi tak kurang-kurang demamnya. Risau pula kakak dibuatnya!” keluh emak Milah.
3.    Monolog
“Ya AAlah , sekiranya ini yang terbaik bagi Millah dan orang di sekelilingnya, maka kami terima dengan penuh keredaan… Soal hidup dan mati terletak pada tangan-Mu!” Ana mengangkat tangan memohon restu Illah.

4.     Imbas Kembali
Ana masih teringat lagi akan detik-detik yang begitu mendebarkan apabila dia ditempatkan untuk mengajar di Kampung Chat, Hulu Pahang.

5.    Suspens
Cikgu Ana gelisah apabila sudah tiga hari Milah tidak hadir ke sekolah.

6.    Kejutan
Milah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL)dan meninggal dunia.

Watak dan Perwatakan

Watak utama

Cikgu Ana
·      Guru lulusan universiti pendidikan tempatan.
·      Berkhidmat di Sekolah Kampung Chat, Hulu Pahang.
·      Gigih melaksanakan tugas.
·      Bertanggungjawab terhadap anak didiknya
·      Prihatin masalah kesihatan anak muridnya.
·      Baik hati untuk menderma sumsum tulang untuk anak muridnya.
·      Penyayang.


Watak Sampingan
Milah
·      Murid tingkatan 3.
·      Murid di sekolah Ana .
·      Anak sulung daripada enam orang adik-beradik.
·      Ibunya berniaga secara kecil-kecilan
·      Ayahnya penangkap ikan.
·      Seorang pelajar yang rajin dan aktif bersukan.
·      Menghidap penyakit leukemia.
·      Meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang daripada Cikgu Ana.

Latar

Latar Masa
1.    Waktu pagi Sabtu
2.    Waktu petang
3.    Pada hari Jumaat.

Latar  Tempat
1.    Kampung Chat, Hulu Pahang.
2.    Sekolah kebangsaan Kampung Chat.
3.    Kampung Lenjun
4.     Hospital Daerah, Kuala Lipis

Latar Masyarakat
1.    Masyarakat  guru yang bertanggungjawab terhadap anak muridnya.
2.    Masyarakat guru yang penyayang.
3.    Masyarakat yang murid yang gigih dalam pelajaran dan kokurikulum.
4.    Masyarakat kampung di pedalaman.
5.    Masyarakat yang tabah menghadapi takdir Tuhan.
6.    Masyarakat guru yang ikhlas sebagai pendidik.

Gaya Bahasa

1.    Penggunaan istilah Sains
Vincristine, Cytosine Arabinoside,

2.    Personifikasi
…keindahan hutan dara yang menghijau disulami nyanyian unggas dan percikan air jeram semasa menyusuru Sungai Kuah benar-benar menggamit Ana …
                  
3.    Simile
Tanpa suara manja Milah bagaikan lagu berirama.

Nilai

1.    Bertanggungjawab
2.    Kasih sayang.
3.    Pengorbanan.
4.    Kerajinan.
5.    Bersimpati.

Pengajaran

1.    Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
2.    Kita hendaklah mengasihi sesama insan .
3.    Kita  hendaklah berkorban untuk kebahagiaan semua.
4.    Kita hendaklah rajin membantu untuk meringankan beban orang lain.
5.    Kita hendaklah bersimpati dengan nasib malang yang menimpa orang lain.