Rabu, 3 September 2014

Budi semangkuk daging #form3

CERPEN  “ BUDI SEMANGKUK DAGING”
(Amy Suzani Ainuddin)

Sinopsis
            Puan Ainun  hidup berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng dan Cik Punita. Puan Ainun telah memberi semangkuk  daging masak Minang kepada  setiap jirannya . Semua jirannya memuji  keenakan masakannya kecuali  Cik Punita yang mengembalikan pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun tidak berpuas hati dan berdendam dengan Puan Punita sehingga sanggup menyuruh anaknya mengembalikan buah limau pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka berbaik semula apabila suami Puan Ainun memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama Hindu.

Tema
Kepentingan semangat kejiranan dalam kehidupan seharian tanpa mengira kaum.

Persoalan
1.    Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama hidup dalam harmoni.
2.    Ketidakfahaman tentang budaya bangsa lain boleh menimbulkan prasangka buruk.
3.    Dendam  boleh mengakibatkan permusuhan.
4.    Remaja yang ringan tulang .

Plot
(i)            Permulaan
Puan Ainun memasak daging masak Minang.
(ii)           Perkembangan
Puan Ainun meminta anak-anaknya menghantar masakan tersebut kepada tiga orang jirannya iaitu Puan Cheng, Cik Punita dan Puan Salbiah.
(iii)          Konflik/Perumitan
Konflik timbul apabila, Cik Punita mengembalikan semula masakan tersebut  menyebabkan  Puan Ainun berkecil hati dan berdendam kepada  kepada Cik Punita.
(iv)         Klimaks
Puan Ainun akhirnya mengetahui  punca Cik Punita mengembalikan masakannya  melalui penjelasan suaminya. Cik Punita tidak makan daging kerana dia penganut agama  Hindu yang dilarang  makan daging lembu.
(v)          Peleraian
Puan Ainun sedar akan kesilapannya dan menghantar sendiri bubur kacang kepada Cik Punita.

Teknik Plot/Penceritaan
1.    Pemerian
Puan Ainun tersenyum puas. Bau harum masakkanya memenuhi ruang udara dapur.
2.    Dialog
“Tak mengapa! Ada ubi ada batas. Hari ini engkau buat pada aku. Esok lusa , aku akan buat begitu pada engkau pula,” kata Puan Ainun dala hati.
3.    Imbas Kembali
Puan Ainun mengingati kembali peristiwa dia tidak membeli produk barangan kesihatan yang dijual oleh Cik Punita.
4.    Monolog
“Orang lain pun berniaga juga, taklah macam dia. Nak paksa-paksa orang pula,” rungut Puan Ainun lagi.
5.    Monolog dalaman
Biarkan daging itu empuk untuk beberapa minit lagi, fikir Puan Ainun.
6.    Suspens
Puan Ainun duduk sambil menongkat dagu di atas meja. Fikirannya ligat mencari jawapan tentang  punca jiran di sebelah kanan rumahnya itu menolak pemberiannya.
7.    Kejutan
Puan Ainun terkejut mendengar penjelasan suaminya . Rupa-rupanya Cik Punita tidak makan daging kerana penganut agama  Hindu tidak dibenarkan  makan daging lembu.

Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Puan Ainun
·         Isteri kepada Encik Hilal
·         Ibu kepada Shafiq dan Hanif
·         Berjiran dengan Cik Punita, Puan Cheng dan Puan Salbiah
·         Mempunyai semangat kejiranan dan suka menolong jiran.
·         Gemar memasak dan memberi masakan kepada jiran-jirannya.
·         Berperasangka buruk.
·         Seorang yang mudah berkecil hati dan  pendendam.
·         Insaf akan kesilapannya


      Watak Sampingan
1.      Punita
·         Jiran Puan Ainun yang berketurunan India dan beragama Hindu.
·         Berusia 30-an tetapi belum berkahwin.
·         Fasih berbahasa Melayu.
·         Berasal dari Ipoh.
·         Menjual barangan kesihatan keluaran syarikat jualan langsung.
·         Patuh pada ajaran agamanya . 
·         Mempunyai semangat kejiranan . 
                                                                 
     2.       Encik Hilal
·         Suami kepada Puan Ainun.
·         Bapa kepada Shafiq dan Hanif.
·         Suami yang penyabar dan berjaya menyedarkan kesilapan isterinya.
·         Memahami adat dan budaya masyarakat kaum lain  .     

   Latar

Latar Masa
1.    Waktu pagi
2.    Waktu tengah hari
3.    Waktu petang


Latar  Tempat
1.    Rumah Pun Ainun
2.    Kawasan Perumahan

Latar Masyarakat

1.    Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.
2.    Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan .
3.    Masyarakat remaja rajin menolong jiran.
4.    Masyarakat remaja yang taat kepada ibu bapa.
5.    Masyarakat yang prihatin terhadap adat ,budaya dan agama pelbagai kaum.
6.    Masyarakat yang berprasangka dan berdendam.

Gaya Bahasa

1.    Penggunaan bahasa Inggeris
Best
                       
        2. Simile
Sakit hati Puan Ainun makin bertambah bagai dicucuk dengan duri.
                       
        3.    Peribahasa
              Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Nilai

1.    Bantu-membantu
2.    Hormat-menghormati
3.    Baik hati
4.    Kepatuhan
5.    Keinsafan.
6.    Prihatin

Pengajaran

1.    Kita mestilah bantu-membantu sesama jiran.
2.    Kita hendaklah menghormati jiran dan amalan kepercayaan bangsa lain..
3.    Kita hendaklah berprasangka baik sesama jiran.
4.    Kita mestilah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang baik.
5.    Kita mestilah menginsafi kesilapan diri dan cari jalan penyelesaian.
6.    Kita mestilah prihati dengan adat dan kepercayaan jiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan