Rabu, 3 September 2014

Puisi Tradisional~berbuat jasa #form3

Puisi Tradisional
[Berbuat Jasa]

Maksud
Rangkap 1

Generasi muda disarankan supaya berbuat jasa kerana jasa tetap akan dikenang walaupun sudah tiada.

Rangkap 2

Generasi muda diseru supaya berbuat jasa dan menyerahkan semuanya kepada Tuhan kerana setiap jasa yang dicurahkan akan menerima balasan di akhirat kelak.

Rangkap 3

Generasi muda diingatikan tidak mensia-siakan kehidupan sebaliknya berbuat jasa kerana jasa yang baik akan dikenang selama-lamanya.

Rangkap 4

Generasi muda diseru agar bersungguh-sungguhlah berbuat jasa supaya segala kebaikan dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Rangkap 5

Generasi ditegah mengharapkan balasan dan pujian kerana keadaan sedemikian akan menyebabkan timbulnya perasaan tamak.

Rangkap 6

Generasi muda diingatkan agar tidak mengharapkan balasan dan penghormatan memadai jasa yang dicurahkan boleh dimanfaatkan.

Rangkap 7

Rakan taulannya diseru supaya sentiasa berbuat baik walaupun tidak diketahui orang kerana Tuhan lebih mengetahui.


Tema
Tema syair ini ialah kepentingan berbuat jasa.

Persoalan
1.    Keikhlasan dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
2.    Menghargai orang yang telah berbuat jasa.  
3.    Kesanggupan untuk berkorban.
4.    Budi yang baik akan dikenang selama-lamanya.

Bentuk
1.                        Bentuk syair terikat.
2.Mempunyai 7 rangkap.
3.Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.
4.Semua baris adalah maksud.
5.Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris.         
Contoh: buatlah jasa wahai teruna (4 perkataan )
6.Terdiri daripada 9 hingga 12 suku kata sebaris.
Contoh: cu/kup/lah/ di/si/tu/ mu/la/i/ ter/gan/tung (12 suku kata )
7.                        Rima akhir aaaa.


Gaya bahasa


1.                            Sinkof
Kamu yang mati jasa tak fana
2.                            Inversi
Buatlah baik wahai rakan
3.                            Imej alam
Bintang, ikan
4.                            Perlambangan
Buahnya , sumbu pelita


Unsur bunyi
Asonansi – buatlah jasa wahai teruna(Pengulangan vokal a)
Aliterasi – buatlah bakti budi utama (pengulangan konsonan b)


Nilai
1.                            Baik hati
2.                            Pengorbanan
3.                            Keikhlasan .
4.                            Mengenang jasa.
5.                  Kebijaksanaan


Pengajaran
1.    Kita hendaklah memiliki sifat baik hati.
2.    Kita perlu sedia berkorban.
3.    Kita haruslah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
4.    Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah menabur jasa kepada kita.
5.    Kita perlulah bijak sana sebelum mengambil sebarang tindakan.

1 ulasan:

  1. Trima ksih sudi untuk b'kongsi mklumat ini . Blog ini sngt b'guna untuk sya . Trma ksih ^^

    BalasPadam