Rabu, 3 September 2014

Orang tua #form3

ORANG TUA
(Puspa Rani a/p Munusamy)



Maksud Sajak

Rangkap 1
Mengisahkan seorang perempuan  tua yang hidup merempat di tepi jalan. Dirinya kotor , tidak terurus dan hidupnya sebatang kara.

Rangkap 2
Mengisahkan seorang lelaki tua di hujung jalan . Dirinya kotor dan berseluar koyak rabak. Dia duduk di tangga menanti sisa makanan daripada restoran mamak untuk mengalas perut.

Rangkap 3
Mengisahkan mayat seorang tua yang berlumuran darah terbiar di jalan raya. Apabila di bilik mayat pula , tiada waris yang menuntut mayatnya.

Rangkap 4
Warga muda  harus sedar bahawa warga emas juga insan ciptaan Allah seperti mereka. Warga tua ditinggalkan oleh anak-anak yangtidak bermoral dan tidak mengenang budi.


Tema

Tema sajak ini ialah Kehidupan warga emas yang merempat akibat diabaikan oleh anak-anak.

Persoalan

  1. Sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri

  1. Sikap anak-anak yang tidak mengenang jasa ibu bapa.

  1. Tanggungjawab membantu warga emas.

Bentuk

  1. Bebas.

2.      Terdapat empat rangkap.

3.      Rima akhir baris-baris ayat  tidak terikat
·         Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdee.
·         Rangkap 2 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdce.
·         Rangkap 3 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abacbb.
·         Rangkap 4 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abccda.

Gaya Bahasa

  1. Parellelisme/pengulangan keseluruhan baris
    Nampakkah kau

  1. Sinkope :
Contoh  :  kau

  1. Simile :
Nampakkah ia sepertimu?


  1. Peribahasa
Mengalas perut

  1. Perlambangan
Beg usang – (Perlambangan kemiskinan)
Baju kotor seluarnya rabak (Perlambangan kemiskinan)


Unsur Bunyi

  1. Asonansi – bebas dari belenggu penjajah. (pengulangan vokal ‘e’)

  1. Aliterasi – pertahankanlah kedaulatannya.( pengulangan konsonan ‘n’)

Nada -  Sinis

Nilai

  1. Kasih sayang.
  2. Keprihatinan
  3. Kesabaran
5.   Bersyukur
  1. Bertanggungjawab

Pengajaran

  1. Kita mestilah memiliki sifat kasih sayang.

  1. Kita mesti prihati terhadap fakir miskin.

  1. Kita haruslah bersabar dalam menghadapi dugaan hidup.

  1. Kita mestilah sentiasa bersyukur kepada Allah.

  1. Kita perlu menjadi anak yang bertanggungjawap terhadap ibu bapa.

1 ulasan:

  1. Baccarat Rules - How to Play Baccarat at the Best Online Casinos
    Baccarat is a casino game 바카라 사이트 similar to the classic three-deck หาเงินออนไลน์ casino. Instead of two-handed dice, the player receives a “double 온카지노 diamond”, and can

    BalasPadam