Rabu, 3 September 2014

PT~ syair panduan untuk para remaja #form3

PUISI TRADISIONAL
(Syair Panduan Untuk Para Remaja)

MAKSUD

Rangkap 1
Penyair berpesan kepada generasi muda agar jangan berbohong dan memperdaya orang,Generasi muda juga diingatkan agar tidak hanya mementingkan kekayaan dan bersifat boros.

Rangkap 2
Generasi muda dingatkan agar mengelakkan diri daripada perbuatan mengumpat, sombong dan memungkiri janji.

Rangkap 3
Generasi muda diingatkan supaya tidak main judi , minum arak dan  tidak terlibat dengan perkara-perkara yang negatif kerana mereka akan menerima kebinasaan.

Rangkap 4
Generasi muda diingatkan supaya tidak berhutang dan mengharapkan bantuan daripada orang lain. Orang yang tidak berhutang dan bergantung harap kepada orang lain pasti akan senang hidupnya.

Rangkap 5
Generasi muda diingatkan agar mengelakkan diri daripada sikap suka meminjam ataupun memberi pinjam serta berhutang. Sikap ini boleh menyebabkan hubungan antara sahabat akan menjadi renggang.

Rangkap 6
Generasi muda diingatkan tidak mengharapkan bantuan. Hal ini kerana orang yang terlalu mengharapkan bantuan akan hilang kepercayaan dan kemampuan kepada diri sendiri.

Rangkap 7
Generasi muda diingatkan agar berdikari dalam melakukan sesuatu dan tidak membezakan kedudukan atau taraf.

Rangkap 8
Penyair berpesanan kepada generasi muda. Semoga dengan keizinan Allah pasti belia hari ini akan menjadi generasi yang berguna kepada bangsa dan negara.



TEMA
Tama syair ini ialah panduan kepada generasi muda untuk menghadapi dunia yang penuh dugaan ini dengan bermoral.



PERSOALAN

  1. Berdikari dalam kehidupan tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada orang lain.

  1. Menjauhkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara negatif yang merosakkan diri.
  2. Menunaikan janji kerana kegagalan menepati janji akan menghilangkan kepercayaan orang terhadap kita.
  3. Mengelakkan diri  daripada  berhutang kerana hubungan persahabatan akan renggang.

GAYA BAHASA

1.    Anafora - Jangan fikir kasihkan kaya.
Jangan boros yang sia-sia.
2.    Repitisi – Jangan mengata jangan mengeji
3.    Inversi – Judi dan arak jangan biasa, sepatutnya jangan biasa judi dan arak.


Unsur bunyi
Asonansi –   Barang dipinjam kerap kehilangan ( pengulangan vokal a).
                    
Aliterasi -     Jangan biasakan meminta tolong (pengulangan konsonan n).
                   
BENTUK

1.   Bentuk terikat.
2.   Mempunyai 8 rangkap
3.   Mempunyai 4 baris dalam setiap rangkap.
4.   Semua baris ialah maksud.
5.   Suku kata 9 hingga 12.
      Contoh : ja/ngan/ tak/bur/ di/ri/ di/pu/ji (9 suku kata)
6.   Antara 4 hingga 5 patah perkataan.
      Contoh : Ingat pesanku wahai belia (4 perkataan)
     


NILAI

  1. Berdikari
  2. Menepati janji
  3. Merendah diri.
  4. Bersyukur



PENGAJARAN

1    Kita hendaklah berdikari dan jangan terlalu bergantung kepada orang lain .
2.   Kita hendaklah menunaikan janji
3.   Kira hendaklah merendah diri dan tidak sombong.
4.   Kita hendaklah sentiasa bersyukur kepada Tuhan.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan