KATA-KATA
(Hashim Yaacob)
Maksud Sajak
Rangkap 1
Apabila dihina, janganlah kita berdiam diri. Kita seharusnya mempertahankan maruah dengan membalas balik kata-kata tersebut.
Rangkap 2
Apabila diherdik, kita janganlah berdiam diri. Sebaliknya kita perlu mempertahankan diri.
Rangkap 3
Martabat dan kedaulatan negara kita harus dipertahankan dengan kebijaksanaan berkata-kata dan berhujah dengan spontan.
Rangkap 4
Negara kita telah mencapai kemerdekaan bukan melalui kekerasan, sebaliknya kerana kepintaran kata-kata di meja perundingan.
Rangkap 5
Penyajak menyeru generasi muda supaya bijak berkata-kata jika mereka inginkan kehidupan mereka terbela.
Tema
Tema sajak ini ialah maruah dan jati diri yang perlu dipertaruhkan dengan kebijaksanaan kata-kata.
Persoalan
1. Kebijaksanaan berbahasa untuk membidas hujah lawan.
2. Mempertahankan diri apabila dihina dengan menggunakan kata-kata yang santun.
3. Berkata-kata perlu menggunakan akal fikiran
4. Kemerdekaan negara boleh diperoleh menerusi rundingan dan tanpa peperangan.
Gaya Bahasa
- Anafora
Kita merdeka bukan kerana senjata
Kita merdeka kerana bijak kata
- Repitisi
Lawan kata dengan kata
- Responsi
Kalau kita dicerca dengan kata
Jangan kita diam tak terkata
- Epifora
Ini martabat bangsa kita
Ini kedaulatan negara kita
- Sinkope
Jangan kita diam tak terkata
Unsur Bunyi
- Asonansi – Pertahankanlah maruah kita(pengulangan vokal ‘a’)
- Aliterasi – Janganlah kita diam tak terkata.(pengulangan konsonan ‘t’)
Bentuk
- Bebas.
- Terdapat lima rangkap.
- Rima akhir baris-baris ayat – Separuh terikat.
· Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
· Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
· Rangkap 3 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
· Rangkap 4 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya aa.
· Rangkap 5 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya aaa.
Nilai
- Kebijaksanaan
- Hemah tinggi
- Kigigihan
- Patriotik
Pengajaran
1. Kita hendaklah bijak berkata-kata dan berhujah.
2. Kita hendaklah berhemah tinggi ketika berkata-kata.
3. Kita hendaklah gigih mempertahankan maruah diri dan maruah negara.
4. Kita mestilah berani mempertahankan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan