Rabu, 3 September 2014

Puisi Tradisional~ Syair #form3

PUISI TRADISIONAL
SYAIR LI-ATTAR GHIB

Maksud
Rangkap 1

Penyair berpesanan kepada semua insan yang menjalani kehidupan bersama-sama dalam setiap pekerjaan di dunia.

Rangkap 2

Atas takdir Tuhan dua orang saudara telah meninggal dunia. Walaupun bersedih, namun tiada apa-apa dapat dilakukan kerana itu kehendak Tuhan yang Esa.

Rangkap 3

Setiap umat manusia perlu bersabar menerima ketentuan Tuhan walaupun hakikatnya terlalu sukar untuk dihadapi.

Rangkap 4

Semua orang yang ada di muka bumi ini pasti akan menghadapi kematian tanpa memilih pangkat dan darjat.

Rangkap 5

Setiap insan perlu mengambil pengajaran daripada generasi terdahulu yang telah meninggal dunia agar kita beroleh kebahagiaan

Rangkap 6

Kebajikan rakyat jelata mestilah diambil kira atau diambil berat dan keluarga sendiri perlu dijaga agar tidak ditimpa kesusahan

Rangkap 7

Para nabi menuntut kita agar memuliakan ilmu yang benar. Ilmu yang dituntut perlulah diamalkan agar tidak menjadi sia-sia

Rangkap 8

Semua orang diseru supaya mengambil pengajaran atas kematian generasi terdahulu kerana kita juga akan menghadapinya.


Tema
Tema syair ini ialah mengambil pengajaran  daripada peristiwa kematian yang dilalui ole orang lain.

Persoalan
1.                            Kematian yang tidak dapat dielakkan.  
2.                            Kepentingan menuntut ilmu pengetahuan.
3.                            Keinsafan menghadapi kematian.

Bentuk
1.                            Bentuk syair terikat
2.                            Mempunyai 8 rangkap
3.                            Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap
4.                            Semua baris adalah maksud.
5.                            Jumlah perkataan antara 4 hingga 6 perkataan sebaris    
                              Contoh: dengan kehendak Tuhan yang mulia  (5 perkataan)   
6.                            Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata sebaris.
Contoh: li/hat/ ke/pa/da/ da/tuk/ ne/nek/ yang/ su/dah/-su/dah (14 suku kata)
7.                            Rima akhir aaaa

Gaya bahasa


1.                            Responsi
Kerana ilmu mulia  anbia.
Tuntut ilmu jangan sia-sia
2.                            Repitisi
Segala pekerjaan segala perkara .

3.                            Inversi
kita sepertinya akan datangkan


Unsur bunyi
1.                               Asonansi – sebab bersama-sama mengembara  
( pengulangan vokal a)
2.                                Aliterasi – hendaklah kita tunduk terngadah .
(pengulangan konsonan d)


Nilai
1.Keinsafan
2.Kesyukuran
3.Kerajinan
4.Bertanggungjawab
5.               Kesabaran

Pengajaran
1.Kita haruslah insaf   ketika berhadapan dengan kematian .
2.Kita hendaklah bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup.
3.Kita hendaklah rajin dalam mencari ilmu pengetahuan.
4.Kita hendaklah bertanggungjawab dengan memelihara kesenangan yang diwarisi.
5.Kita perlulah sabar menerima segala dugaan dan ujian dari Tuhan.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan