Rabu, 3 September 2014

Rumput #form3

RUMPUT
(Khadijah Hashim)

Maksud Sajak

Rangkap 1
Keluhan insan yang yang nasibnya ibarat rumput. Sebelum sempat untuk bangun sudah ditindas seseorang. Sebelum sempat dia menonjolkan kelebihan diri, dia dihina oleh orang lain. Ditambah pula dengan persekitaran yang serba kekurangan dan tidak selesa. Namun demikian, masih ada yang bersimpati dengan kesusahannya.

Rangkap 2
Kesenangan golongan miskin kebiasaannya tidak lama kerana ada sahaja orang yang akan kesempatan. Ada golongan yang mengambil kesempatan yang menggunakan orang miskin untuk kepentingan dirinya.

Rangkap 3
Nasib  orang miskin sentiasa yang tiada tempat berlindung lebih malang berbanding orang miskin yang masih ada tempat berlindung.

Tema


Tema sajak ini ialah rintihan nasib golongan miskin yang hina dan dipandang rendah.


Persoalan


  1. Sikap saling menghormati sesama insan .

  1. Menghargai orang lain walaupun miskin.

  1. Perbezaan darjat manusia.
  2. Cabaran dalam menghadapi kesusahan dan keperitan hidup.

Bentuk

1.      Bebas.

2.      Terdapat tiga rangkap.

3.      Rima akhir baris-baris ayat – Separuh terikat.
·         Rangkap 1 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaabcddd.
·         Rangkap 2 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya ababcc.
·         Rangkap 3 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya ab.



Gaya Bahasa

1.      Anafora –
Cepat panjang
Cepat dapat wang
2.    Pengulangan
Baru saja hendak

3.    Sinkope.
tak.

4.      Personifikasi.
tangan hendak menari.


5.      Simile –
bagai menunggu mati.

Unsur Bunyi

  1. Asonansi – diserbu debu menutup muka. (pengulangan vokal ‘u)

  1. Aliterasi – ditambah lagi bau busuk asap lori. (pengulangan konsonan ‘b’)

Nada - Melankolik

Nilai

  1. Ketabahan
  2. Kegiigihan
  3. Hormat-menghormati
  4. Bertimbang rasa


Pengajaran

  1. Kita janganlah menghina orang susah.
  2. Kita perlulah mempunyai sifat saling menghormati.
  3. Kita harus menghargai bakat orang lain..
  4. Kita janganlah menutup peluang golongan susah atau miskin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan