Rabu, 3 September 2014

Fragmen sebuah kehidupan #form3

FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN
(Shamsudin Othman)

Maksud


Rangkap 1
Dadah ialah musuh utama negara, perosak jiwa manusia dan telah membunuh banyak nyawa.

Rangkap 2
Penyalahgunaan dadah menyebabkan kehancuran generasi muda bakal pewaris negarawan, seniman, ahli sukan, peniaga, sasterawan, ahli akademik dan pejuang negara.

Rangkap 3
Dadah meracuni hidup manusia sejak dahulu tanpa mengira sesiapapun . Dadah telah meracuni manusia.Sejarah telah membuktikan, kejatuhan kota Melaka dan kota-kota lain di dunia adalah kerana dadah sehingga  menghancurkan sebuah tamadun bangsa dan negara.

Rangkap 4
Penyajak berdoa kepada Tuhan agar diberi kekuatan iman untuk menghadapi hidup mendatang yang penuh dengan dugaan dan cabaran demi mengejar cita-cita dan demi kemajuan negara.

Rangkap 5
Penyajak menyeru generasi agar  memilih jalan yang betul dan bukannya jalan yang salah.



Tema

Tema sajak ini ialah dadah musuh negara. Dadah mengakibatkan kemusnahan kepada manusia, agama, bangsa dan negara.


Persoalan


1.    Negara bangsa musnah akibat dadah.

2.    Penyalahgunaan dadah akan membawa kesengsaraan diri.

3.    Generasi yang sihat dan bebas dadah dapat membangunkan negara.

4.    Kekuatan iman dalam menangkis cabaran.


Gaya Bahasa

1.      Anafora
adalah dadah itu perosa jiwa
adalah dadah itu pembunuh semata-mata.

2.      Repitisi
Jatuh kota Melaka dan musnah kota merdeka
3.      Responsi
Rimba di depan kita masih luas terbentang
Mari kita pilih jalan lurus ke syurga
4.      Sinkope
-       Kau racun dalam khayal yang tidak terduga

5.      Metafora
lorong hidup , laut masa depanmu, lorong hitam.
6.    Personifikasi
Bertahun-tahun kau hidup meracuni manusia.
7.    Simile
Seperti tercatat dalam sejarah

8.      Inversi
angkara dadah telah mati seorang angkasawan.

9.    Imej alam
Laut, rimba, duri

Unsur Bunyi

1.      Asonansi – seperti tercatat dalam sejarah. (pengulangan vokal ‘e’)
  1. Aliterasi – maka seorang pujangga pun berkata.( pengulangan konsonan ‘g’)


Nada  - Sinis


Bentuk


1.      Bebas.

2.      Terdapat lima rangkap.

3.      Rima akhir baris-baris ayat.
·         Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
·         Rangkap 2 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaaaaaaa.
·         Rangkap 3 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabaca.
·         Rangkap 4 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abcdaee.
·         Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcc.



Nilai

1.    Kegigihan

2.    Rasional

3.    Keimanan

4.    Semangat Patriotik

5.    Bertanggungjawab


Pengajaran



1.      Kita hendaklah gigih menjauhi najis dadah .

2.      Kita hendaklah menguatkan iman di dada dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup.
  1. Kita hendaklah sentiasa beriman untuk melalui liku-liku hidup.

4.      Kita mestikan mempertahankan negara.

5.      Kita hendaklah bertanggungjawab memilih haluan kehidupan yang sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan